Tahaluf Siyasi Yang Membunuh Diri PAS Dan Hadi Awang

Oleh: Zainuddin Maidin

Dari perhetongan logik berasaskan fakta perkembangan yang berlaku sebelum muktamar Pas 2011 hingga kini, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tidaklah berada pada kedudukan yang mantap dan bermaruah dalam Pas dan dalam Pakatan Rakyat.

Keadaan ini lebih jelas apabila berlaku krisis dalam pakatan rakyat yang bermula dari Gerakan Kajang yang membawa kepada kucar kacir kerajaan negeri Selangor.

Dalam keadaan ini Hadi tidak mendapat dukongan sepenohnya Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang terbentuk oleh grand design kalangan politik bukan ulama dalam parti itu yang bertunjangkan kekuatan kewangan yang tidak lagi mementingkan prinsip dan ideologi tetapi dipandu oleh keperluan politik semasa.

Sehari dua sebelum Muktamar Pas 2011 yang menyingkirkan ulama progresif Nasaruddin Mat Isa da , Astora Jebat seorang penulis agama yang terkemuka dan saya telah bertembong dengan Datuk Husam Musa,Datuk Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Hotel Kuala Lumpur. Mengetahui bahawa Mat Sabu sebagai pencbar kepada Timbalan Presiden saya mengesyaki suatu konsfirasi sedang berjalan.

Saya percaya hal ini berlaku dengan rastu Abdul Hadi sendiri yang melihat masa depan Pas bergantung kepada kerjasamanya dengan pakatan rakyat termasuk harapan pimpinan Pas sebagai Perdana Menteri Malaysia dan hanya dengan kerjasama ini dapat menggulingkan kerajaan BN.

Akidah ini sampai kepada mendorongkan Pas untuk membuang seorang intelektual Islam yang dihormati untuk digantikan dengan tokoh yang kekuatannya bergantung kepada aksi dan kontroversi dan juga membuang dokumen negara Islamnya yang menggerukan bukan Islam untuk digantikan kepada Negara Berkebajikan.

Dengan pengumuman itu dalam ucapannya di muktamar Pas 2011 maka Abdul Hadi meletakan hala tuju baru yang secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada Mat Sabu anasir Anwarinas yang mencabar Nasaruddin yang dengan imej kontroversinya berupaya untuk menggerakan Pas kearah dasar baru itu dan menghapuskan imej tradisi Pas sebagai parti agama.

Pas menghalankan kerjasamanya dengan Parti bukan Islam dan orang bukan Islam di bawah dasar Tahaluf Siyasi yang membolehkan kerjasama dengan semua pihak termasuk partri bukan Islam dan orang bukan Islam demi untuk menegakan sebuah kerajaan eutophian,syang bersih,adil dan amanah untuk gantikan UMNO yang kata Hadi” telah menjahilkan Melayu Islam di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan”.

Tidak ada sesiapa yang dapat disalahkan bila Tahaluf Siyasi ini akhirnya telah meletakan kepimpinan Pas tidak lagi berada ditangan ulama malah kedudukan Abdul Hadi sendiri sebagai Presiden Pas tidak lagi pasti yang jelas terserlah dalam krisis Pakatan Rakyat sekarang.
Dalam keadaan ini , tidak mustahil kepimpinan ulama Pas sekarang akan tersingkir atau diketepikan.Abdul Hadi akan menerima nasib yang sama dengan pemimpim Agama Nasionalis Datuk Asri Haji Muda dan lain lain lagi untuk digantikan oleh pimpinan ulama yang diketuai oleh beliau sendiri

Kini giliranAbdul Hadi pula akan disingkirkan oleh pemimpin liberal,sekular,profesional dan tidak berideolgi yang bukan terdiri dari barisan ulama yang tidak realis dan dalam mimpi di siang hari.

Pergantungan pucuk pimpinan Pas kepada kekuatan Majlis Syura Ulama dipandang kecil oleh PKR dan DAP dan juga beberapa orang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas kerana mereka tidak mempunyai legal authority dan kuasa mereka boleh dibatalkan oleh Pas Pusat yang dipileh oleh Muktmar Pas pada bila- bila masa menerusi proses demokrasi.Mereka sedar kekuatan Pas berpaksikan Majlis Syura Ulama tetapi ini tidak akan menjadi masalah jika telah sah kekuatan berada di tangan mereka.

Bukti bahawa Pas sebagai parti tunjang dalam Pakatan Rakyat yang mewakili Melayu dan Islam tidak lagi mempunyai kekuatan seperti sebelum bersama pakatan pembangkang diakui sendiri oleh seoarang ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anggota Parlimen bila beliau berkata bahawa Pas menjadi mangsa buli parti sekutunya dalam pakatan pembangkang malah dalam kenyataan terkininya beliau memita ahli ahli Pas bertahan kerana sedang diserang dari dalam(oleh team Anwarinas?).

Serangan dari luar menampakan keangkuhan mereka untuk demoralised kepimpinan Hadi yang berpaksikan kepada wahyu dan emosi dengan menyingirkan orang Pas dari kedudukan penting yang berada di bawah kuasa mereka.Umpamanya tindakan Ketua Menter Pulau Pinang Guan Eng menyingkirkan Bendari Pas Pulau Pinang Iszuree Ibrahim dari keanggotaan semua jawatan tetap dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).(berapa banyak elaun tetap dan pendapatan yang hilang?)

DAP juga memberikan penghormatan kepada dua orang ADUN negeri Selangor Pas yang dianggap barua oleh Presiden Pas dan membalas kecaman pedas Abdul Hadi dengan kecaman yang keras yang menunjukan keberanian DAP untuk menghadapi apa keadaan pun sekalipun Pas meninggalkan pakatan. DAP memerlukan ini untuk tidak terlihat sebagai dibuli oleh parti Islam dan Melayu. Mereka tahu bahawa hubungan Pas dengan pakatan berada dalam keadaan di buang mati anak dan ditelan mati emak.

Lebih memburukan lagi moral pimpinan Pas apabila dalam keadaan tercabar ini,Abdul Hadi hanya nampak mundor mandir dalam permainan politiknya,tidak dapat membuat keputusan yang tegas atau sekeras apa yang diucapakannya kerana beliau seniri tidak berada dalam keyakinan diri tentang sokongan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Pas dan juga tentang kekuatan Pas dalam kerajan Selangor.

Kecaman pedas Hadi terhadap dua orang adunya yang menyeleweng sebagai barua tidak diikuti dengan tindakan pantas kerana beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuatan dan sokongan kepada kepimpinannya.

Hal ini menampakan kepada musuhnya bahawa beliau lebih bergantung kepada kekuatan ” lidah” sebagai kuasa tanpa lebih dahulu mengukur kekuatan sebenar yang dimiliknya dan bila tidak dapat bertindak sekeras ucapannya maka semakin terhakis aura kepimpinannya sendiri.

Keceluparan mulut tanpa memperhetongkan keupayaan bertindak menyebabkan Abdul Hadi tidak terlihat sebagai pemimpin yang rasional, berkaliber dan berkualiti.

Cara politik lama dengan menggunakan autoriti agama untuk memburukan musuh dengan mengecap mereka sebagai kafir atau barua sudah tidak lagi menggempar atau menggerunkan musuh malah dilihat oleh umum dan anggota anggota Pas yang terpelajar dan profesional bahawa kata-kata itu tidak wajar digunakan oleh seorang pemimpin besar parti politik Islam yang terbesar di negara ini.

Dengan itu Hadi menyamakan tarafnya dengan seorang imam yang mengimamkan sembahyang hajat beramai -ramai di sebuah padang tidak lama dahlu yang mendokakan agar UMNO K.O , K.O UMNO.

Anwarinas dalam Pas dari sejak awal lagi secara bijak dan halus berusaha untuk menghakiskan imej kepimpinan Hadi dengan berbagai cara yang halus dan pintar. Selain dari tidak memberikan tempat yang sewajarnya kepada Presiden Pas itu dalam berita berita yang boleh memperkukuhkan dan meningkatkan imejnya juga menggambarkan Hadi hanya layak untuk menjadi seorang nelayan..

Umpamanya dalam Harakah Daily menjelang muktamar Pas yang lalu telah menyiarkan gambar Hadi sedang menjala ikan dengan keterangan gambar bahawa beliau mahu kembali menjadi nelayan.

Ternyatalah perhetongan Abdul Hadi untuk selamat dengan di kelilingi oleh Anwarinas dan bukannya dari gulongan terpelajar dan modenis Islam merupakan perhetongan yang salah.Sebenarnya beliau menggali kuburnya sendiri dari sejak muktamar Pas 2011.

Stratiji beliau untuk menyelamatkan Pas dengan mengorak langkah radikal dan dinamik samalah dengan langkah Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam UMNO dengan tujuan untuk menyelamatkan masa depan UMNO dari ditelan oleh Pas tetapi akhirnya Mahathir hampir ditelan oleh Anwar tetapi beliau bernasib baik dalam keadaan lemas ada anggota Majlis Kerja Tertinggi yang sanggup menyelamatkannya.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim dari UMNO setelah dipecat dari Timbalan Perdana Menteri pada 3 September 1998,jika tidak kerana tindakan pantas Ibrahim Ali mungkin usia Dr.Mahatir sebagai Perdana Menteri telah berakhir pada malam itu juga.

Seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi telah meminta pemecatan itu dibuat menerusi undi sulit tetapi Ibrahim Ali segera membantah keras dan terus bertanya siapakah yang bersetuju supaya Anwar dipecat yang mendorongkan majoriti bersetuju termasuk mereka yang sedang berura ura untuk mencari jalan selamat.

Apakah ada orang seperti Ibrahim Ali dalam Jawatan Kerja Pas Pusat yang sanggup berkorban untuk untuk menyelamaktkan Hadi dan masa depan Pas sebagai satu- satunya parti Islam yang terkuat di Malaysia?

Abdul Hadi telah mengorbankan dokument negara Islam Pas,mengorbankan imej agung Pas sebagai Parti yang mahu nmenegakan negara Islam,memperkenalkan Tahaluf Siyasi untuk berkerjasama dengan gulongan bukan Islam bagi menegakan sebuah negara berkebajikan yang bebas rasuah,bersih dan amanah tetapi akhirnya beliau sendiri dan Pas terpaksa bersekongkong untuk menolak sebuah kerajaan yang bersih di Selangor dan terpaksa bertolak ansur dengan pemimpin pemimpin yang moral mereka disyakki demi untuk mengekalkan kuasa.

Pas sekian lama membiarkan dirinya dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim yang disingkirkan oleh UMNO kerana masaalah peribadi tetapi diterima oleh Pas sebagai pemimpin besar pakatan rakyat untuk menegakan negara bersih dan bagi membunuh UMNO parti Islam dan Melayu yang dianggap telah Abdul Hadi sebagai telah menjahilkan Melayu dan Islam sejak merdeka.

Hukuman hudud dan negara Islam mimpi Pas tinggal rhetoric yang amat memedihkan perasaan penyokong-penyokong Pas yang fanatik,jumud dan ekstrem. Dalam keadaan sekarang DAP dan PKR melihat Pas tidak lagi mempunyai peluang nntuk kembali kepada kekuatan asalnya malah sedang mencari jalan untuk survival dan bukannya untuk memulihkan kekuatan. Pas sekarang berada dalam keadaan cedera parah.

DAP dan PKR hanya menunggu untuk melihat tindak tandu Abdul Hadi yang lebih membuka peluang kepada mereka untuk menolak beliau ke dalam jurang yang lebih dalam dan melemaskannya.

Bila perlu mereka akan menunjukan keberanian yang lebih besar dan bukannya menunjukan kerjasama atau konpromi yang akan memberi laluan kepada Tahaluf Syiasi.

Kepada umum amat jelas bahawa Pas sedang menggali kuburnya sendiri menerusi Tahaluf Siyasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.