Perdana Menteri Lahirkan Rasa Syukur CB204 Selamat Ditemui

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur apabila bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pada pagi Ahad ditemui dengan semua tujuh kru kapalnya selamat.

“Alhamdulillah. Berkat doa semua,” kata beliau menerusi akaun twitternya hari ini yang mengulas tentang pautan twitter Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengenai penemuan tersebut.

Abdul Aziz yang menggunakan akaun @ChiefofNavy pada petang semalam mengemaskini status “Bot CB204: Bot & semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16.”

Kemaskini akaun @ChiefofNavy turut menyatakan bahawa komander bot itu Leftenan Azri Bakar telah membuat panggilan melalui radio bagi memaklumkan semua anak kapal CB204 itu selamat, namun berada dalam keadaan lapar.

Bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring KD Paus pada 11.15 pagi, ketika dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.