MSN Perlu Rombakan Untuk Kembalikan Kecemerlangan Atlet

Kuala Lumpur – Memang sudah tiba masa untuk rombakan dilakukan terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) dalam usaha mengembalikan kecemerlangan atlet negara di pentas temasya Sukan Komanwel dan Asia.

Demikian pandangan bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Wira Mazlan Ahmad (gambar) sekali gus sependapat dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang sudah memberi isyarat sebelum ini untuk melakukan rombakan terhadap MSN serta Institut Sukan Negara (ISN).

Mazlan yang juga anggota Panel Penasihat Sukan (PPS) berkata, suntikan orang baru diperlukan dalam MSN untuk membolehkan idea baru diketengahkan demi mencapai sasaran melahirkan atlet negara cemerlang menerusi program baru.

“Saya sememangnya setuju dengan pendapat menteri untuk melakukan rombakan terhadap pegawai MSN.

“Ini kerana sudah terbukti kita memang gagal mencapai sasaran di kedua-dua temasya iaitu Sukan Komanwel dan Asia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.