Manchester United Sedia Tawar £51 Juta Untuk Vidal Dan Ogbonna

London – Manchester United dilaporkan bersedia membelanjakan £51 juta untuk membawa masuk dua pemain Juventus, Arturo Vidal dan Angelo Ogbonna menjelang pintu perpindahan Januari nanti.

Pengerus Red Devils, Louis van Gaal difahamkan telah dijanjikan sejumlah dana yang besar untuk memperkuatkan skuadnya itu dan beliau sedang berusaha untuk membuat tawaran.

Menurut laporan media Itali, pengurus dari Belanda itu mahu tawaran kepada Vidal dan Ogbonna dibuat serentak.

Tawaran £51 juta itu akan dibuat tidak lama lagi dan pada dasarnya Manchester United telah bersedia untuk membawa mereka masuk pada 1 Januari 2015.

Manchester United telah beberapa musim lalu cuba untuk memikat pemain tengah Vidal tetapi gagal manakala pemain pertahanan Ogbonna menjadi sasaran kerana kekuatan dan bentuk badannya yang tegap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.