Korea Selatan Tembak Amaran Pada Bot Peronda Korea Utara

Seoul – Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas bot peronda Korea Utara melintasi kawasan sempadan di pantai barat.

Pegawai pertahanan Korea Selatan berkata bot Korea Utara itu membalas tembakan sebelum berundur.

Katanya, tidak ada kecederaan dilaporkan di sebelah Korea Selatan.

Kawasan berkenaan adalah tempat di mana sering berlaku pertempuran pada masa lalu di mana sebilangan kelasi di kedua-dua belah maut.

Kapal dari Korea Utara juga sering melintasi Garisan Had Utara, yang ia enggan mengiktiraf sebagai kawasan sempadan maritim. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.