Kapal Minyak Vietnam Dikuatiri Dirampas Dalam Perjalanan Dari Singapura

Kuala Lumpur – Sebuah kapal minyak Vietnam dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Singapura ke pelabuhan Quang Tri di Vietnam dan dikhuatiri dirampas.

Menurut Pusat Laporan Lanun Biro Maritim Antarabangsa, sehingga kini tiada perhubungan dilakukan dengan kapal MT Sunrise 689 sejak ia berlepas dari Singapura Khamis lalu.

Agensi Berita Vietnam berkata kapal itu adalah milik sebuah syarikat binaan kapal di pelabuhan utara Hai Phong dan membawa lebih 5,226 tan minyak dan 18 anggota kru.

“Nasib anggota kru dan kapal itu tidak diketahui,” kata badan pemantau lanun itu yang berpusat di Kuala Lumpur.

Ia menggesa kapal yang melalui kawasan berkenaan supaya turut memantau kapal yang hilang itu dan melaporkan kedudukannya sekiranya ternampak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.