Jeti Pulau Ketam Sesak, Pengusaha Bot Laju Mogok

Perlabuhan Klang – Gara-gara tidak dibenarkan membawa penumpang lebih daripada 12 orang walaupun mampu membawa hingga 35 penumpang, pengusaha bot laju di Pulau Ketam mengadakan mogok mengakibatkan jeti di sini dan Pulau Ketam sesak.

Difahamkan, mogok yang dijalankan sejak kelmarin, memprotes Jabatan Laut menjalankan operasi besar-besaran menghalang pengendali bot laju membawa penumpang lebih 12 orang.

Ketua Kampung Pulau Ketam Cha Keng Lee berkata, tindakan Jabatan Laut yang mengehadkan pengambilan penumpang itu menyekat pendapatan pengusaha bot laju selain membazirkan masa pengunjung.

“Sekiranya kapasiti bot laju menggunakan dua enjin 40 orang, kenapa pengambilan penumpangnya dihadkan kepada 12 orang saja?

“Tindakan Jabatan Laut itu menjejaskan kemasukan pelancong ke Pulau Ketam seterusnya mengakibatkan pendapatan pengusaha bot laju dan penduduk terjejas,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.