Erma Fatima Beraya Bersama Madu

Kuala Lumpur – Pengarah terkenal, Erma Fatima dilihat menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini bersama madunya, Aida Abdul.

Erma yang juga seorang pelakon, merakamkan detik-detik gembira bersama madunya melalui gambar di ruangan Instagram beliau.

“Menyambut raya bersama adik saya yang cantik. Selamat datang ke keluarga kami,” kata Erma menerusi gambarnya di Instagram.

Erma dan Aida menyambut Hari Raya Aidiladha bersama di kediaman ibu suami mereka, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade Azmi.

Pernikahan kedua Bade bersama Aida mengejutkan dunia hiburan tanah air namun Erma tampil menjelaskan bahawa perkahwinan itu diketahui dan direstui beliau.

Usia perkahwinan Erma dan Bade mencecah 24 tahun apabila mereka diijabkabulkan pada 30 November 1990.

Kedua mereka hidup bersama dan membesarkan lima orang anak angkat.

Bade dan isteri keduanya bernikah pada 27 Mei lalu di sebuah hotel di Cherating, Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.