‘Anda Seorang Yahudi Penipu’ – Ben Affleck

Pelakon Hollywood Ben Affleck mencuri tumpuan ramai apabila beliau menangkis tanggapan penulis Sam Harris yang mengkritik Islam.

Hal itu berlaku apabila aktor tersebut tampil sebagai salah seorang tetamu dan sekaligus mahu mempromosikan filem terbarunya Gone Girl, dalam sebuah rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher iaitu ‘Real Time Witjh Bill Maher’.

Bagaimanapun suasana bertukar menjadi perbahasan hangat mengenai Islam apabila Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.

Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris berkata,

“(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman. Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan ‘nasi tambah’ pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.

Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.