Ahli PAS Tetap Pertahankan Kepimpinan Ulama – Khairuddin

Shaha Alam – PAS Selangor mengingatkan semua pihak dalam parti itu menghormati dasar perjuangannya yang menetapkan jawatan Presiden mesti diisi oleh golongan ulama.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman, berkata walaupun perlembagaan PAS tidak menyebut secara khusus bahawa hanya seorang ulama yang berhak menjawat jawatan itu, namun ia bukan alasan untuk mempertikaikannya kerana perkara berkenaan sudah menjadi teras perjuangan parti sejak dahulu lagi.

“Saya percaya ahli PAS akan tetap mempertahankan kepemimpinan ulama dalam parti. Keputusan mempertahankan kepemimpinan ulama ini bukan keputusan PAS Selangor, tetapi keputusan Muktamar PAS yang mahu dasar ini dipertahankan untuk selama-lamanya.

Keputusan Muktamar PAS

“Memang tidak ada peruntukan khusus di dalamnya (perlembagaan parti). Bagaimanapun, ia adalah keputusan Muktamar PAS sehingga membawa terbentuknya Majlis Syura Ulama. Jadi, kita perlu pertahankannya daripada diganggu gugat,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa ada pemimpin dalam kalangan parti itu sendiri, selain sekutunya iaitu PKR dan DAP yang mahu mengetepikan kepemimpinan ulama dalam PAS.  – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.