PM Lantik Cucu Saudara Sebagai Setiausaha Politik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik cucu saudara beliau Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat sebagai Setiausaha Politik.

Mohamad Nuhairi adalah antara 23 setiausaha politik kepada menteri yang mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Dr Mahathir Mohamad semalam.

Mohamad Nuhairi adalah anak kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan SKVE, Tan Sri Rahmat Abu Bakar dan Puan Sri Yasmin Mashahor.

Selain Mohamad Nuhairi turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ialah Muhammad Zahid Md Arip, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya.

Majlis ringkas yang diadakan di Bangunan Perdana Putra itu, turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar. – SuaraTV

One thought on “PM Lantik Cucu Saudara Sebagai Setiausaha Politik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.