Netizen ‘Serang’ Elfira Loy Tuntut Hutang Adik

SEKEPING foto paparan skrin yang mendakwa adik kepada pelakon terkenal Elfira Loy, Ezzrin Loy tidak membayar hutang telah tular di laman Twitter.

Netizen yang bernama Fariza Ismail (@farizaismailofficial) mendedahkan perkara terbabit di ruangan komen akaun Instagram milik Elfira.

“Sekarang boleh bayar semua hutang, termasuklah hutang adik lelaki awak tu ya,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Elfira turut memberi respon terhadap kenyataan itu.

“Awak ni mesti jenis tak boleh tengok orang senang kan?” balasnya.

Netizen terbabit meneruskan dialog dengan mendedahkan Ezzrin tidak membayar hutang selama bertahun-tahun.

“Ingatkan adik awak untuk bayar semua hutang, buat kereta mahal-mahal tapi sudah bertahun masih tak bayar,” tulisnya.

Namun begitu, komen terbabit telah dipadamkan oleh Elfira beberapa jam yang lalu. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.