Nabila tekejut ada dalam Munafik 2

SHAH ALAM – Tidak membintangi filem Munafik 2, Nabula Huda terkejut apabila melihat dirinya muncul dalam filem itu.

Menurut aktres berusia 34 tahun itu, dia mengetahui babak melibatkan dirinya itu ketika menonton pada hari kedua tayangan filem tersebut baharu-baharu ini.

“Saya memang tak sangka dan terkejut sebab tengok diri saya dalam Munafik 2. Saya memang tidak tahu yang babak melibatkan saya akan diguna pakai.

“Tak sangka, Syamsul ingat juga pada watak Maria itu dan sedikit sebanyak perasaan saya terharu,” katanya yang memaklumkan wataknya dalam Munafik sebelum ini diimbas kembali dalam filem tersebut.

Selain Shamsul yang turut membintangi filem itu Maya Karin Nasir Bilal Khan dan Fizz Fairuz turut serta.

Nabila turut mengucapkan tahniah kepada Syamsul Yusuf sebagai pengarah di atas sambutan hangat penonton terhadap filem bergenre seram dakwah itu.

“Saya tumpang gembira dengan kutipan pecah panggung yang berjaya dicatat Munafik 2.

“Maya berjaya melakonkan watak Sakinah dengan sangat baik dan tuntutan karakternya jauh berbeza daripada Maria yang pernah saya lakonkan sebelum ini,” katanya lagi.

Nabila berlakon dalam Munafik yang ditayangkan pada 2016. Filem itu telah berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM17 juta. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.