Mahasiswa berdemo jika Mazlee enggan letak jawatan

SHAH ALAM – Perlantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada  Rabu lalu terus mendapat pertikaian dan bantahan. 

Gabungan Mahasisw Islam Se-Malaysia (Gamis) berkata  Mazlee perlu meletakkan jawatan dengan segera dan kembali memperjuangkan universiti seluruh negara. 

”Sesungguhnya anda dilantik bukan untuk memegang sebanyak mungkin jawatan yang ada dalam negara serta mengaut keuntungan ke atas segala elaun yang ditawarkan, tetapi anda dilantik adalah untuk memberikan khidmat dan bekerja untuk rakyat,” kata  Presidennga Muhammad Faizzuddin Mohd Zai.

Tambahnya Mazlee kini dilihat hanya merupakan ahli politik yang ghairah menyandang jawatan disebalik semua janji-janji Pakatan Harapan. 

Gamis dalam masa yang sama memberikan trmpoh seminggu bermula Sabtu untuk Mazlee meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM. 

Jika Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga Menteri Pendidikan itu gagal berbuat demikian 

Gamis berkata mahasiswa dalam negara akan mengadakan bantahan  secara besar-besaran. 

Terdahulu dilaporkan sebagai berkata 4 orang aktivis pelajar dilihat berada dihadapan Kementerian Pelajaran pagi ini sambil memegang kertas yang bertulis ‘Hormat Autonomi Universiti’ dan ‘Univeresiti Milik Mahasiswa Bukan Kaum Borjuis’ bagi membantah pelantikan Mazlee. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.