Kornea mata dijahit angkara kanta lekap

SHAH ALAM – Rasanya sudah kerap kali isu penggunaan kanta lekap yang memberikan kesan buruk kepada mata menjadi isu dan hanta diperbualkan di media sosial.

Terbaru, pengalaman buruk seorang gadis aabila penggunaan kanta lekap mengakibatkan kornea matanya terpaksa dijahit.

“Disebabkan itu mata sis kena jangkitan yangs angat teruk hingga nanah meleleh kluar tak berhenti dan dalam mata sis dah ada nanah. Ia tutup bahagian mata hitam dan kornea. Sebab itu kornea mata sis terpaksa ditukar lain,” kata pengguna Facebook bernama Nia Aduraa II yang memaklumkan pembedahan berlangsung pada Ogos yang lalu.

Kata Nia ia berlaku apabila kantap lekap yang digunakannya sebelum ini berkuman kerana tidak dijaga dengan rapi dan bersih.

“Puncanya adalah daripada kanta lengkap yang kita pakai. Sis beli bukan dari Ig ke apa ya. Kanta lekap ada kuman termassk air kanta lekap yang kita guna dari air paip

“sebab ini sis dapat pengesahan daripada doktor. benda ni memang nasib kena kat sis, kalau jaga mcm mna pon kalau nak kena,kena jugak lah..ok bnda boleh jadi sebabnya kadang tangan atau persekitaran kita tak bersih dan kuman merata cuma kita tak nampak. Jadi kita kadang basuh tangan pun tak bersih dan pegang kanta lekap berulang kali,” jelasnya.

Lebih mengerikan Nia menceritakan bahawa bebola matanya dicucuk jarum dalam keadaan sedar untuk buat pemindahan kornea.

“Satu pembedahan sis dapat bius satu padan tapu dia pembedahan kecil dapat bius kat mana. Jadi bayangkandalam sedar kita rasa jarum cucuk bebola mata,” tambahnya.

Justeru beliau mengingatkan netizen khususnya yang sering menggunakan kanta lekap untuk menjaga kebersihan tangan dan kanta lekap yang disimpan untuk kegunaan seharian.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.