Kemaluan disengat ikan pari

SHAH ALAM – Percutian yang sepatutnya menggembirakan bertukar dengan mimpi ngeri apabila seorang lelaki menanggung kesakitan akibat kemaluannya disengat ikan pari.

Seorang lelaki yang sedang menikmati percutian hujung minggu di pantai sebuah resort di Hainan, China, terpaksa menanggung kesakitan apabila seekor ikan pari menyegat kemaluannya ketika dia sedang berenang.

Berlaku di sebuah pantai di Hainan China, lelaki tersebut pada mulanya sedang berenang di lautan kemudian tidak disangka-sangka secara tiba-tiba ekor ikan pari itu termasuk ke dalam seluarnya lalu menyengat bahagian kemaluannya.

Lebih malang sengat ikan itu terperangkap dalam seluarnya, video dan gambarnya menjadi tular di media sosial.

Orang ramai yang datang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi bomba dan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian.

Mangsa yang berada dalam kesakitan terus dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.