Anwar ‘Berjoget’ Ala MGR, Gesa Masyarakat India Bantu Beliau Jadi PM

Seri Setia – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan bakat tarian dimilikinya semasa menghadiri Majlis Malam Komuniti India di Desa Mentari, Petaling Jaya, semalam.

Beliau naik ke pentas dan meniru aksi pelakon filem Tamil popular, mendiang M.G Ramachandran (MGR) yang dipersembahkan oleh penghibur tempatan.

Persembahannya disaksikan lebih 500 penduduk yang menghadiri program terbabit sempena kempen calon PH Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Gelagat Anwar menari dengan penyanyi berkenaan yang menyampaikan lagu Hindi bertajuk ‘Haan Anaiyittla’ berjaya mencuit hati penonton.

Malah beliau juga dilihat mengetahui lirik lagu yang dinyanyikan apabila turut menyanyi bersama-sama ketika diberikan mikrofon.

Anwar kemudian menyampaikan pesanan kepada penduduk yang hadir dan menyeru mereka membantunya untuk menang pada satu lagi pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Lepas pilihan raya ini, 8 hari bulan, Balakong dan Seri Setia, kena tolong saya pula. Saya pula nak bertanding tempat lain pula.

“Boleh tolongkah saya?” soal beliau sambil disambut sorakan ‘boleh’ oleh kira-kira 250 penduduk Desa Mentari.

“Because saya kena jadi ahli parlimen, saya bagi tahu Tun Mahathir, you jaga negeri, saya jaga parlimen dulu. Besok bila saya cukup time, saya pulak ambil negeri boleh?” kata Anwar sambil disambut boleh oleh pengundi.

Parti itu menyenaraikan tiga kerusi parlimen untuk dipilih Anwar bertanding pada Oktober tahun ini.

Ini merupakan langkah awal dalam usaha Anwar untuk mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pilihan raya kecil Isnin ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon HARAPAN, Halimey Abu Bakar dan calon PAS Dr Halimah Ali.

Pada PRU14, Shaharuddin memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,372 dalam pertandingan empat penjuru menentang Yusoff M Haniff (BN), Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon bebas S Vigneswaran. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.