Wanita Diburu Polis Lepas Musnahkan Harapan 7 Lelaki

Sepasang suami isteri dipanggil polis Thai untuk disoal siasat berhubung aktiviti anak perempuan mereka yang dipercayai menipu sekurang-kurangnya tujuh lelaki mengakibatkan kerugian sehingga 3 juta baht (RM383,600).

Jabatan siasatan jenayah negara itu berkata, Booliang dan Somrong Buayai disoal siasat kerana polis ingin memastikan sama ada pasangan terbabit bersubahat dengan anak perempuan mereka atau tidak.

Memetik sumber akhbar Bangkok Post melaporkan pasangan terbabit didapati hadir di semua majlis perkahwinan Jiraporn yang kemudian melarikan diri bersama mas kahwin yang diterimanya.

Jiraporn didakwa menipu sekurang-kurangnya tujuh lelaki yang ‘cair’ dengan tawaran wanita berusia 32 tahun itu untuk berkongsi hidup dengannya.

Bagaimanapun Jiraporn menghilangkan diri bersama mas kahwin dan meninggalkan ‘suaminya’ itu yang sama sekali tidak menyangka mereka ditipu.

Kata polis ada kemungkinan jumlah sebenar mangsa Jiraporn jauh lebih ramai kerana ada antara mereka dipercayai enggan atau belum membuat laporan.

Menurut laporan itu, salah satu taktik yang digunakan Jiraporn ialah memanfaatkan kemudahan Facebook. Dia – menggunakan nama samaran Soipet Paeewal – menggoda lelaki yang berminat padanya untuk berkenalan.

Selepas diyakinkan dia kemudian mengajak lelaki terbabit berkahwin.

Jiraporn kini berada dalam senarai buruan polis Thai selepas akaun banknya dikatakan sama dengan akaun bank yang digunakan mangsa untuk pembayaran mas kahwin.

Tujuh lelaki memfail laporan ke atas Jiraporn pada hari Selasa lalu. Empat daripada mereka sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Thai Suwat Saengu hari ini berkata suspek tidak akan didakwa sehingga semua saksi berjumpa pihak polis.

Suwat tidak menolak kemungkinan suspek mepunyai rakan subahat.
Lima waran tangkap dikeluarkan ke atas suspek atas dakwaan penipuan masing-masing di Loei, Chanthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan dan Chumpon.

Jiraporn merupakan warganegara Thai yang dilahirkan di Loei utara negara itu.

Sumber penyiasat mengatakan suspek sebelum ini pernah tinggah di Sa Kaeo sebelum berpindah di wilayah timur laut Thai, tempat suspek dikatakan kini sedang menyorok.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.