Wanita Bunuh Diri Selepas Permintaan Bersalin Menerusi Pembedahan Ditolak Keluarga

Selepas permintaannya untuk menjalani pembedahan melahirkan anak secara pembedahan ditolak keluarga, seorang wanita nekad terjun dari tingkat lima bangunan hospital lalu meningal dunia.

Ketika itu dia sedang sakit hendak bersalin. Bayinya juga meninggal dunia.

Wanita itu, yang dikenali sebagai Ma dan berusia 26 tahun, merayu kepada keluarganya untuk menjalani pembedahan disebabkan kepala bayi berkenaan terlalu besar untuk dilahirkan secara normal hingga mengakibatkan kesakitan yang amat sangat kepadanya.

Mengikut undang-undang di China, waris perlu memberikan kebenaran kepada doktor sebelum pembedahan boleh dijalankan.

Namun keluarga Ma enggan dan beberapa jam kemudian, dia dilaporkan terjun bangunan.

Lebih menyayat hati terdapat rakaman CCTV yang menyaksikan Ma, yang mengandung 41 minggu menangis kesakitan di wad bersalin di hospital di Yulin, yang dirakamkan beberapa jam sebelum kematiannya.

Dia kelihatan berjalan ke sana ke mari dengan dibantu oleh seorang lelaki dan melutut beberapa kali di lantai kerana kesakitan.

Menurut polis, kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Kematiannya mencetuskan perdebatan di media sosial dengan ramai yang menggesa supaya hak wanita dipertingkatkan.

“Selain wanita yang mengandung itu, tiada orang lain yang boleh menyatakan sebaliknya,” kata netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.