Video : Nelayan Alami Gelembung Dibadan Selepas Menyelam

Seorang nelayan mengalami gelembung pada badannya selepas menyelam di laut.

Menurut Mirror, Alejandro Ramos Martinez yang menyelam di laut didakwa mengalami nitrogen larut dalam darah sehingga membentuk gelembung di badannya.

Dia kini terpaksa berhenti kerja dan menjalani rawatan bagi memulihkan bengkak tersebut.

Seorang doktor di hospital San Juan de Bios, Miguel Alarcon, dan rakannya mendakwa pihaknya telah menurunkan 30 peratus tahap nitrogen dalam tubuh Alejandro.

Kes Alejandro boleh dikatakan agak unik.

Sehingga kini doktor masih meneliti penyakit yang dialami oleh Alejandro.

Mereka menganggap pembedahan untuk membuang nitrogen dari badan Alejandro dikhuatiri akan menjadi terlalu sukar.

Buat masa ini Alejandro sangat sakit dan sukar untuk berjalan disebabkan kejadian itu, dan dia juga mempunyai tekanan darah tinggi yang sangat serius.

Sekarang Alejando menjadi bingung bagaimana dia dapat hidup jika tidak dapat menyelam.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.