Tak Pergi Mahkamah Untuk Urusan Jantina Kata Sajat

Usahawan kosmetik, Nur Sajat menyangkal dakwaan kononnya dia perlu ke mahkamah membuat permohonan berhubung pengesahan jantinanya sebagai wanita sebelum berangkat ke Mekah pada Disember depan untuk menunaikan umrah.

Memetik laporan mStar online, Sajat menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan meminta pihak yang membuat dakwaan tersebut tampil bersama bukti.

“Buktikan mahkamah mana saya pergi? Kenapa saya nak pergi umrah sampai nak dapatkan perintah mahkamah? Macam saya ni penjenayah pula.

“Saya pergi umrah bukan kerana orang lain tetapi kerana Allah. Bagi saya (dakwaan itu) mengarut dan berbaur fitnah. Sepatutnya mereka mendoakan yang baik-baik, bukan mempersoalkannya,” katanya.

Mengenai kekeliruan segelintir netizen berhubung status jantinanya, Sajat menegaskan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya dibangkitkan.

“Kenapa masih keliru? Yang pergi sana tu adalah saya. Bukan nak buktikan saya wanita tetapi nak pergi umrah kerana Allah.

“Saya tak ada pun nak pergi mahkamah untuk urusan tukar jantina saya. Saya pun tak tahu kenapa mereka cerita hal peribadi sampai macam tu sekali,” katanya.

Tidak mengambil peduli tanggapan netizen, jelas Sajat, pemergiannya ke tanah suci bersama keluarga adalah untuk menunaikan nazar di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.

“Saya sebelum ni dah bernazar untuk bawa keluarga terutama ibu bapa saya apabila perniagaan saya sudah sampai ke satu tahap seperti sekarang.

“Orang nak ‘judge’ saya macam-macam, saya tak ambil peduli kerana saya tahu nak pergi sana untuk jumpa Pencipta saya.

“Tak kisahlah mereka nak menafikan ke mengata ke pasal diri saya, itu hak mereka. Bagi saya, itu antara diri saya dengan Allah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.