Suami Ratu Denmark Disahkan Nyanyuk Atas Faktor Usia

COPENHAGEN – Putera Henrick, suami kepada Ratu Margrethe dari Denmark didiagnos sebagai nyanyuk, ekoran tindak-tanduk dan pertimbangannya yang bercelaru, kata Istana semalam.

Memetik laporan Reuters yang disiarkan BH, pengumuman tersebut dibuat beberapa minggu selepas Henrik yang berusia 83, memutuskan tidak mahu dikebumikan bersebelahan isterinya kerana tidak gembira kedudukannya tidak setaraf Ratu Margrethe.

“Susulan proses diagnostik panjang dan siri pemeriksaan pada musim panas lalu, sepasukan pakar kini merumuskan Yang Mulia Puteri Henrik nyanyuk.

“Ia lebih teruk berbanding jangkaan memandangkan usia putera itu (83 tahun),” kata Rumah Diraja Denmark dalam kenyataan semalam.

Henri mengahwini Margrethe pada 1967, telah bersara tahun lalu dan sejak itu enggan menggunakan gelaran Putera Consort, dengan alasan beliau kecewa kerana tidak dinamakan sebagai Raja Consort.

Sejak itu, beliau tidak lagi terbabit dalam banyak tugasan rasmi dan kerap menghabiskan masa di ladangnya di Perancis.

Di Denmark, apabila suaminya menaiki takhta puteri akan menjadi ratu, bagaimanapun lelaki tidak boleh menjadi raja apabila peranan itu ditukar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.