RCI Forex: Wujud Peluang Untuk Peroleh ‘Personal Benefit’

Putrajaya – Seorang bekas dealer Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan wujud peluang bagi mana-mana pihak untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan maklumat dalaman bagi melakukan trading dalam urus niaga mata wang asing (Forex).

Malah kata Azman Mat Ali, pada tahun 1990 hingga 1994, semua urus niaga forex di Bank Negara dikendalikan secara manual.

Katanya, tiada sistem dari aspek ‘check and balance’  di Bank Negara ketika itu untuk urus niaga Forex.

”Peluang memang wujud dalam Bank Negara Malaysia untuk memperolehi apa-apa faedah (personal benefit) dalam urus niaga mata wang asing ini tetapi kami tidak terfikir untuk mengambil kesempatan.

”Selain Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, tiada lagi dalam pengurusan tertinggi dalam BNM yang mempunyai pengetahuan mengenai urus niaga mata wang asing” katanya ketika memberikan keterangan pada RCI bagi menyiasat urus niaga forex BNM di Istana Kehakiman di sini hari ini

Azman kini bertugas sebagai pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wanga Asing BNM.

Ketika memberikan keterangan, Azman berkata beliau hanya menjalankan dealing berdasarkan arahan daripada chief dealer dan Nor Mohamed yang ketika itu merupakan penasihat di BNM.

Beliau bagaimanapun tidak ingat mengenai jumlah urus niaga yang dijalankan dalam sebulan namun angka berkenaan boleh mencecah sehingga berbilion dolar dalam sehari berdasarkan arahan Nor Mohamed.

Mengenai had kepada dealer dalam urus niaga forex ketika itu, Azman memberitahu setiap dealer diberikan had sebanyak US$5 juta hingga US$10 juta sehari.

”Bagaimanapun had untuk dealer melakukan urus niaga forex bagi pengurusan BNM adalah berdasarkan arahan yang ditetapkan oleh chief dealer dan Nor Mohamed.

”Setakat ingatan saya tiada had bagi setiap transaksi tetapi jumlahnya boleh mencecah sehingga beberapa bilion dolar dalam sehari,” katanya. – Suara.tv

 

ilakukan secara manual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.