Raja Salman, Trump Bincang Krisis Teluk

WASHINGTON – Krisis diplomatik membabitkan Qatar dan beberapa Negara Teluk dijangka menjadi agenda utama pertemuan antara Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Rumah Putih pada awal tahun depan, lapor BH.

Menurut AFP, rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pemimpin yang mengadakan perbualan menerusi telefon baru-baru ini, bersetuju supaya satu pertemuan diadakan awal tahun depan.

Dalam perbualan itu juga, Raja Salman dan Trump bersetuju mengenai langkah sewajarnya perlu diambil untuk memperkukuhkan keselamatan dan kemakmuran di Asia Barat.

Amerika Syarikat ketika ini sedang giat menangani isu krisis diplomatik antara Qatar dan beberapa negara jirannya, yang diketuai oleh Arab Saudi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.