Proton Akan Mempunyai CEO Asing?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 6 September 2017

Proton akan mempunyai CEO asing?

1. Anda harus ingat bahawa majoriti pemegang saham Proton masih DRB-Hicom, sebuah syarikat swasta bumi yang dikawal oleh sekutu rapat Mahathir iaitu Tan Sri Syed Mokhtar.

2. Oleh itu, sebarang ketidakpuasan harus diarahkan kepada DRB-Hicom atau Tan Sri Syed Mokhtar – bukan kerajaan.

3. Tanpa pelaburan dari rakan usaha sama dari China yang dipilih oleh DRB-Hicom dan bukannya kerajaan, seluruh Proton boleh menjadi muflis. Semua pekerja dan pembekal juga akan dibuang. Setiap satu daripada mereka.

4. Jika pembekal alat ganti tertentu tidak cukup baik dan membekalkan alat ganti berkualiti rendah pada harga yang tinggi maka mereka patut dibuang. Siapa yang mahu membeli sebuah kereta yang terlebih mahal yang mempunyai alat ganti yang berkualiti rendah?

5. Masih belum terlambat bagi Mahathir dan anak-anaknya untuk membeli Proton kerana mereka mampu membayar harga pembelian RM1.1 bilion yang dibayar oleh Geely. Salah seorang anak lelaki Mahathir adalah Melayu terkaya kedua dengan kekayaan sebanyak RM4.3 bilion dan mempunyai minat mendalam dalam kereta dan berpengalaman dalam pengedaran kereta.

6. Anda juga harus ingat bahawa Mahathir tidak mempunyai masalah menggunakan orang asing untuk kepakaran mereka. KLCC direka oleh César Pelli, seorang rakyat Argentina dan menara itu sendiri dibina oleh sebuah syarikat Korea dan sebuah syarikat Jepun.

Semasa Proton baru bermula, syarikat itu pada asasnya dikendalikan oleh orang Jepun. Memandangkan sekarang ini Proton telah mengalami masalah, tidak pelik untuk menggunakan kepakaran asing untuk membantu.

Proton ada cuba untuk melantik warga tempatan untuk jawatan Pengerusi pada tahun 2014 untuk cuba memulihkan semula syarikat. Sayangnya walaupun selepas dua tahun, Pengerusi tempatan itu gagal memulihkan semula syarikat itu dan malah prestasi Proton dalam jualan di pasaran tempatannya sendiri telah diatasi oleh Honda.

Nama Pengerusi tempatan yang gagal ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

7. Pada peringkat ini, ianya masih satu spekulasi bahawa Proton akan menukar CEO mereka. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Pakatan daripada membuat propaganda dan pembohongan mereka.

KEMASKINI – DRB-Hicom menolak perbincangan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif China menerajui Proton
https://www.malaysiakini.com/news/394336

—–
Ini adalah propaganda benci Pakatan:

Mula mula ganti CEO di Proton Holding.
Langkah kedua ganti GM-GM anak tempatan di semua kilang Proton. Ganti dengan GM-GM dari China.

Langkah ketiga hentikan pembekal-pembekal tempatan. Ganti dengan pembekal-pembekal dari China untuk hidupkan ekonomi di China menggunakan sumber di Malaysia melalui kilang Proton di bawah Proton Holding. Akibatnya banyak kilang tempatan yang berdaftar dengan IKS (Industri Kecil Sederhana) akan gulung tikar dan pembuangan tenaga kerja tempatan akan berlaku dan meningkat.

Langkah keempat hentikan sedikit demi sedikit tenaga kerja anak-anak tempatan dalam Proton Plant Production Assembly Lines dan gantikan dengan tenaga kerja dari China. Kadar pengangguran dalam negara akan menjadi tinggi. Banyak pinjaman bank akan jadi NPL-Non Performing Loan (rumah, kereta dan saham ASB) kerana ramai yang akan di buang kerja dan susah mencari perkerjaan baru kerana FDI baru yang masuk ke Malaysia tidak menguntungkan negara tapi menguntungkan negara yang menbawa FDI itu ke sini. Contohnya, projek ECRL. Semua limpahan kerja untuk projek tersebut akan berpatah balik pada kontraktor negara tersebut kerana semua bahan dan tenaga perkerja untuk membuat projek itu datang dari negara China.

Langkah kelima ialah mengedar kereta buatan China dengan mengguna semua bahan mentah dari China tapi produksi di kilang-kilang Proton dan dijual ke Malaysia melalui rangkaian pemasaran perniagaan Proton yang telah kita bina sejak dari 1985. Kita yang semai benih tetapi orang lain yang nikmati hasilnya. Ekonomi China pesat berjalan tetapi ekonomi automotif Malaysia melingkup.

Langkah keenam, China akan tukar nama hakmilik Proton ke China Proton perlahan-lahan. Mereka hanya menunggu masanya sahaja.

Langkah terakhir ialah semasa persidangan Umno, semua perwakilan akan diajak oleh Najib untuk ramai-ramai menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api – Bumi dipijak milik orang, sambil menangis tersedu-sedu.

Juga, semua perkara yang akan berlaku berkenaan isu ini akan disalahkan pada DAP dan Tun Dr Mahathir.

Harga yang Najib dengan mudah jual demi untuk melenyapkan satu legasi. Tiada langsung rasa patriotik pada aset negara.

Kongsi tulisan ini jika anda sayang pada negara.

Link asal artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.