Penduduk Terpaksa Makan Anjing Peliharaan

Krisis makanan di Venezuela telah memaksa penduduknya menyembelih binatang peliharaan mereka untuk dijadikan makanan, demikian dakwa pemimpin pembangkang, Javier Chirinos.

Beliau dari parti Vente Venezuela turut memuat naik gambar di media sosial pada minggu lalu yang menunjukkan dua lelaki memotong daging anjing di tepi jalan di Caracas dan mereka didakwa berbuat demikian untuk makan, petik Newshub.

Dakwaan itu dibuat ketika Presiden Venezuela, Nicholas Maduro menawarkan bantuan kewangan sebanyak AS$5 juta kepada mangsa taufan Harvey di Amerika Syarikat (AS).

“Ketika diktator memberikan AS$5 juta kepada AS, rakyat Venezuela makan anjing,” tulis Javier dalam akaun Twitternya.

Venezuela kini dilanda krisis makanan yang kronik hingga mengakibatkan berjuta-juta rakyatnya terpaksa mencari makanan termasuk menyelongkar tong sampah.

Pada April lalu, sebanyak 11.4 peratus kanak-kanak di kawasan Venezuela mengalami kekurangan makanan.

Sehingga Jun lalu, 62 peratus daripada keluarga di negara itu tidak mampu membeli telur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.