Pegawai Dikecam Kerana Ferrari

MEXICO CITY – Ketua pendakwa raya Mexico, Raul Cervantes, dikritik hebat selepas pertubuhan bukan kerajaan antirasuah mendedahkan beliau memiliki Ferrari 458 Coupe yang didaftar menggunakan alamat palsu.

Menurut AFP, siasatan pertubuhan Pembebasan dan Pencegahan Rasuah Mexico mendapati Ferrari yang dijual pada harga AS$200,000 (RM843,400) itu didaftarkan di satu alamat di Morelos, laporan BH.

Tindakan mendaftar kereta mewah menggunakan alamat di luar Mexico adalah satu kebiasaan bagi pemilik yang ingin mengelak daripada dikenakan cukai tahunan lima peratus setahun, berdasarkan nilai kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, peguam Cervantes berkata, masalah itu timbul akibat kesilapan pentadbiran yang dilakukan oleh pengedar kereta itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.