Netizen Kecam Nabil Perli Fattah

Semalam, pengacara, pelakon dan pelawak Nabil Ahmad ini telah retweet satu artikel mengenai pelakon popular, Fattah Amin tidak boleh berjemur.

Lalu di ruang status retweet itu Nabil telah menulis,
“Fuuh power!! Level Hollywood! Mcam ni laaa baru artis!,” tulisnya.

Kapsyen itu telah mendapat kecaman yang hebat daripada netizen dan peminat tegar Fattah sehingga ada yang meninggalkan komen dengan mendakwa walaupun Nabil sudah bergelar haji namun perangainya tidak mencerminkan status itu.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada Nabil yang kelihatan agak keterlaluan.

Walau bagaimanapun ada segelintir netizen yang menyokong kata-kata Nabil itu dan menganggap apa yang ditulis oleh Nabil itu adalah satu gurauan, petik MH.

Bagaimanapun ada yang menganggap itu sekadar gurauan Nabil kerana pelawak dan pengacara itu terkenal dengan sikapnya yang suka bergurau.

Terdahulu pada bulan Jun yang lalu, Nabil telah menerima satu link berkaitan isu ketidak hadiran Fattah dalam program MeleTOP daripada peminat Fattah di Instagramnya.

Bukan sahaja memberi pautan link malah peminat kepada Fattah ini telah menyebut nama Nabil serta pasangan pengacaranya Neelofa agar menjadikan apa yang berlaku sebagai iktibar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.