Netizen Kecam, Bimbang Keselamatan Juruterbang Berswafoto

Ramai pengikut juruterbang yang menggunakan nama Pilotganso di Instagram ini bimbang dengan tindakannya menerusi gambar yang dimuat naik di akaunnya.

Tidak kurang juga setengah netizen mengecamnya kerana tindakannya berkongsi beberapa gambar swafoto sepanjang membawa kapal terbang.

Kebanyakan netizen melahirkan kebimbangan mereka apabila melihat juruterbang ini berkongsi sekeping gambar berlatarbelakangkan Palm Island yang terletak di Dubai.

Dengan menggunakan kapsyen “Its already my second hometown #dubai Selfie” ramai mempersoalkan adakah juru terbang ini dibenarkan untuk melakukan perkara seperti ini, akhirnya semua terbongkar.

Sebenarnya ia bukanlah ‘real’ seperti yang dijangkakan. Sebaliknya ia hanya kepakaran seorang juruterbang yang mahir menggunakan software Photoshop sahaja, lapor MH.

Malah, juruterbang ini turut mengesahkan semua gambar-gambar yang telah dimuat naik itu telah diedit olehnya sendiri.

Dalam masa yang sama, dia turut menambah ayat di ruangan kapsyen dengan berkata “photoshop mode on” agar tiada pihak salah faham lagi dengan tindakkannya.

Biarpun menerima kecaman, namun segelintirnya tetap memuji keberanian dan kepakaran juruterbang ini kerana gambar yang dimuat naik semuanya kelihatan sangat real dan menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.