Moon Dan Abe Saran Tindakan Lebih Tegas Terhadap Korea Utara

SEOUL  – Pemimpin Korea Selatan dan Jepun mengulangi saranan mereka untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Korea Utara atas cita-cita nuklearnya, termasuk menafikan bekalan minyak ke negara itu, ketika mereka bertemu di Rusia timur.

Menurut AFP, pandangan itu berbeza dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang dalam pertemuan sebelumnya dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, menolak sekatan lanjutan sebagai solusi terhadap Korea Utara, lapor

Presiden Korea Selatan, Moon dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk bekerjasama untuk memohon sekatan lanjutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke atas Korea Utara, yang melakukan ujian nuklear keenam dengan peledakan senjata termonuklear yang dibina untuk peluru berpandu yang bermampu sampai ke tanah besar A.S..

Moon dan Abe juga berjanji untuk memperkuat usaha untuk meyakinkan Beijing dan Moscow untuk hentikan bekalan minyak ke Utara, kata Yoon Young-chan, ketua setiausaha akhbar Moon.

Dalam pertemuan dengan Putin di bandar pelabuhan Vladivostok, Presiden Moon mendesak Moscow untuk menyokong sekatan yang lebih kuat terhadap Korea Utara, tetapi Putin menyeru untuk mengadakan perbincangan dengan Korea Utara, mengatakan bahawa sekatan bukan penyelesaian kepada pembangunan nuklear dan peluru berpandu negara itu.

Putin juga melahirkan kebimbangan bahawa memotongan bekalan minyak akan beri kesan kepada penduduk Korea Utara, kata Yoon.

Abe, yang akan bertemu Putin di Vladivostok, berkata sebelum berlepas dari Jepun bahawa “kita mesti membuat Korea Utara memahami bahawa negara itu tidak ada masa depan yang cerah jika ia mengikuti laluannya sekarang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.