Budak lelaki 6 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 13 Rumahnya

BUDAK lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 13, Blok 45 Menara Orkid, Sentul kira – kira 3. 50 petang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, mangsa, Muhammad Amrin Su Syuqron Ngah Mohd Suhaimi maut akibat parah di kepala.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa di laluan pejalan kaki di hadapan blok berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik tinggal berseorangan di rumah berikutan dua adik beradiknya masih di sekolah.

“Bapanya didapati baru keluar rumah pada 3 petang manakala ibunya berniaga pisang goreng di hadapan menara itu, ” katanya.

Beliau berkata, selepas petugas ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL)mengesahkan kematian mangsa, mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Forensik HKL untuk dibedah siasat.

“Mayatnya akan dibedah siasat pada 8. 30 pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian.

” Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kami ingin menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak – anak kecil bersendirian di rumah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku, ” katanya.

Katanya, kes berkenaan juga akan disiasat di bawah Sek 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 sekiranya ada unsur kecuaian ibu bapa atau penjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.