Budak 5 Tahun Temukan Ular Sawa Ketika Hendak Membuang Air Di Dalam Tandas

Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun terkejut ketika pergi ke kencing di tandas di rumahnya kerana mendapati seekor ular sawa sepanjang 1 meter di dalam mangkuk tandas apabila ia hendak membuang air kecil.

Ibu kepada anak kecil itu, Laura Cowell menceritakan detik cemas yang berlaku pada minggu lalu yang membuat anaknya ketakutan sehingga kini.

Menurutnya, tandas tersebut tersumbat selama beberapa hari tanpa sebarang sebab yang diketahui.

Selepas insiden ini terjadi baru diketahui punca tandas tersebut sumbat adalah disebabkan ular sawa tersebut

Laura segera menelefon haiwan peliharaan dari kedai haiwan tempatan, Scales and Fangs.

Mereka diminta datang ke rumahya dan menyelamatkan ular tersebut tanpa mencederakannya.

“Anak saya ketakutan dan gemetar. Saya tahu ada yang tidak kene tetapi tidak menjangka akan jadi seperti ini, “kata Laura Cowell kepada laman web BBC News.

“Saya menggunakan batang penyapu untuk mengangkat tudung tandas tersebut. Kemudian muncul kepala dan lidah ular tersebut. ”

Sementara Rob Yeldham, pemilik kedai Leigh-on-Sea, menambah, “Saya telah menyelamatkan banyak ular sejak 10 tahun yang lalu, tetapi tidak pernah melihat ular di dalam tandas. Ini adalah perkara pertama pernah terjadi. ”

Dia merasakan ular tersebut datangnya dari rumah jiran.

Kemudian haiwan itu merangkak ke longkang tandas dan ke bilik mandi Cowell.

Sejak kejadian itu, Laura mengakui ketakutan. Dia meletakkan pemberat di atas penutup tandas itu selama beberapa hari.

Ular sawa , Python atau phytonidae yang berasal dari phyton Yunani berasal dari keluarga ular yang tidak berbisa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.