AirAsia Memenangi Anugerah Sektor Integrasi Keutamaan Bagi Kategori Pelancongan

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad memenangi anugerah Sektor Integrasi Keutamaan bagi kategori pelancongan dalam majlis Anugerah Perniagaan ASEAN 2017 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia dan anugerah ini adalah yang pertama daripada ASEAN.

“Anugerah ini sangat bermakna dan penting kepada syarikat. Kami telah berjaya menghubungkan kesemua negara ASEAN dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang berkualiti.


“Pertambahan laluan penerbangan AirAsia di ASEAN turut membantu sektor pelancongan dan ekonomi negara berkembang dengan pesat. Saya berharap lebih banyak hab penerbangan tambang murah dibina di rantau ASEAN sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada AirAsia untuk beroperasi di sana,” katanya.


Pada majlis itu, Fernandes yang mewakili AirAsia menerima anugerah yang disampaikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Roa Duterte dan disaksikan Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez serta Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, Joey Concepcion. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.