Video : ‘Bukan Semua Karya Alternatif Tu Sampah’ – Ikon Travelog

KUALA LUMPUR – “Bukan semua karya alternatif tu adalah sampah,”kata Ikon Travelog alternatif, Riduan A. Dullah yang ditemui sempena bulan membaca negara, beberapa hari lalu.

 

 

Riduan berkata, ramai yang beranggapan lambakan buku alternatif kurang berkualiti namun beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak.

 

 

“Sebenarnya, ada betul dan ada tidaknya. Memang ya, ada buku alternatif ni, copy paste, sceenshort. Ada jenis buku yang tak ada isi, tak ada content pun dan main taruk saja, buat ala kadar macam melepaskan batuk di tangga.

 

“Tapi tak dinafikan dalam alternatif ni ada juga buku yang taraf dia tinggi. Yang macam ‘level’ nya tu dah sama macam mainstream, DBP atau sebagainya,”katanya.

 

 

Menurutnya, masyarakat sendiri perlu peka menilai sekali gus memilih buku alternif yang terbaik supaya tidak timbul isu alternatif kurang berkualiti kerana buku aliran mainstream juga ada di tahap yang tidak berkualiti.

 

 

“Macam mainstream pun ada dikategorikan sebagai sampah. Memang ada buku alternatif yang apabila dibaca ‘wow’ inikah buku alternatif. Sebab itulah ada setengah (penulis) daripada aliran mainstream pergi kepada alternatif. Jadi mesti ada kualitinya di situ,”katanya.

 

 

Tambahnya, untuk mengetahui satu-satu buku yang berkualiti, orang ramai dinasihatkan membaca komen di ruangan forum untuk mengetahui ulasan baik dan buruk daripada pembaca.

 

 

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada rakyat Malaysia sempena bulan membaca negara supaya memilih bahan bacaan yang dapat memberikan kesan bacaan yang bukan sahaja dapat menjadi panduan, malah dapat merasai pengalaman hidup sepeti yang telah dibukukan.

 

 

Terdahulu, Riduan tidak asing lagi dalam kalangan pengkarya aliran alternatif. Bermula dengan penulisan awalnya yang berjudul Rawsak, penulis yang berasal daripada Ipoh, Perak ini telah menjadikan penulisannya sebagai hasil karya seni sehingga wujud travelog Goji Bundy dimana hasil dari pengalaman hidupnya untuk berkelana di bumi asing.

 

 

Kini cetakan Goji Bundy merupakan yang keenam dan travelog sulung itu setakat ini paling berjaya dalam aliran alternatif.

 

 

Orang ramai yang ingin mendapatkan buku-buku karya Riduan boleh mendapatkannya di kedai buku Kinokuniya, MPH, Popular atau terus hubungi WhatsApp di talian 018-574 0015 -SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.