‘Saya Tidak Kesal, Mereka Layak Dapat Isyarat Lucah’ – Siti Kasim

KUALA LUMPUR — Memang sesuai isyarat lucah ditunjukkan kepada sebilangan peserta forum kerana mereka itu “samseng Islam” dan “si bebal yang telah dicuci otak”, kata seorang peguam.

 

Siti Kasim berkata hadirin di forum isu memperkasakan mahkamah syariah kelmarin golongan yang mahu menegakkan Islam tetap enggan mendengar pandang berbeza dengan ideologi mereka.

 

“Saya menghadiri banyak forum. Saya bertanya soalan-soalan yang sukar tetapi tidak pernah mengimpikan suatu hari nanti saya akan tunjukkan jari [tengah] kepada peserta forum.

 

“[Namun] saya tidak menyesal. Bagi saya, penggerak Islam yang samseng berhak mendapat jari [tengah] dan banyak lagi. Tidak sensitif? Biadab?

 

“Sejak bila wanita tidak boleh bertindak kurang ajar dalam menghadapi samseng dan si dungu yang telah dicuci otak?” coretnya di laman Facebook malam tadi.

 

Ketika sesi dialog forum Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi” di Shah Alam, ucapan Siti yang bernada tinggi dan mengkritik itu sering diganggu dengan bunyi bising dan ejekan hadirin.

 

Sebelum kembali ke tempat duduknya, beliau menunjukkan isyarat jari tengah kepada mereka yang mengganggunya, kelihatan berada di bahagian sisi kiri atau belakangnya.

 

Forum anjuran Sinar Harian diadakan bagi mengulas kontroversi usul rang undang-undang (RUU) persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mei lalu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.