Pertemuan Tun M, Anwar Usaha Kolektif Kata Azmin Ali

SHAH ALAM – “Ia usaha kolektif, saya sedang berusaha sebaik mungkin,”kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan individu merancang pertemuan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kelmarin.

 

Mohamed Azmin berkata, pertemuan itu merupakan usaha kolektif beberapa individu dalam usaha penyatuan parti-parti pembangkang.

 

“Saya fikir ia satu perkembangan yang cukup besar pada masa kini, tetapi proses ini masih lagi berjalan dan saya harap kita akan dapat lihat keputusan yang baik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya lapor sebuah portal.

 

Tambahnya, Anwar telah banyak kali menyatakan hasrat untuk bergerak ke hadapan dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia menerusi agenda reformasi.

 

“Saya rasa ini satu pertemuan yang baik untuk menyatupadukan umat dan rakyat Malaysia dan memperkukuhkan parti-parti pembangkang.

 

“Sebab itu UMNO agak gentar dan panik. Jadi mereka tidak perlu panik. Saya kira ini satu permulaan yang baik sebagai persiapan kita untuk menghadapi (PRU14),” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.