Nika & Stanley Yang Dikaitkan Dengan Muhyiddin Akhirnya Bercerai

KUALA LUMPUR – Selepas menggemparkan negara kerana Akuan Bersumpah bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Stanley Clement Augustin dalam tuntutan cerainya terhadap  isteri beliau, Datuk Nika Gee Siew Yee yang mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mereka berdua akhirnya secara rasmi sah bercerai pada Selasa.

 

Peguam Augustin, S. Periasamy memberitahu pemberita selepas kedua-dua pihak bertemu hakim Mahkamah Keluarga, Mariah Ahmad di dalam kamar.

 

Periasamy berkata, perkahwinan itu dibubarkan dengan persetujuan bersama berkuatkuasa serta merta.

 

Sementara itu peguam Gee, Choo Dee Wei berkata, pasangan itu kini bercerai secara rasmi.

 

“Mereka kini membawa haluan masing-masing,” katanya.

 

Berdasarkan petisyen perceraian difailkan pada Disember 2014, Augustin berkahwin dengan Gee pada 24 April 2007 dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, dua hari sebelum Augustin bersara daripada perkhidmatan awam sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

 

Augustin adalah seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia apabila petisyen itu difailkan.

 

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk jawatan kanan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang dari tahun 1982 hingga April 2007.

 

17 Jun lalu, Malaysiakini melaporkan penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Kata lelaki dikenali sebagai Stanley Clement Augustin itu isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.

 

Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

 

SD berkenaan juga mendakwa Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek kewangan.

 

Justeru kata Raja Petra disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman sebarang dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil langkah itu untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.

 

“Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit

 

“Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.

 

“Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain,” katanya.

 

Tulisan itu diterbitkan sehari selepas Muhyiddn mendakwa tuduhan berkaitan skandal dibuat Raja Petra tidak berasas dan berniat jahat.

 

Muhyiddin juga berkata ia sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan berbaur politik yang “cukup menjijikkan” – AgendaDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.