Jepun Lancar Pembesar Suara Tiga Bahasa Di Sukan Olimpik 2020

TOKYO – Syarikat penge­luar barangan elektrik, Panasonic melancarkan sebuah pembesar suara istimewa sempena pe­nganjuran Sukan Olimpik Tok­yo 2020 yang mampu menterjemahkan bahasa Jepun kepada tiga bahasa berbeza dalam tempoh hanya beberapa saat.

 
Menurut portal mirror.co.uk, alat pembesar suara yang dikenali sebagai ‘megaphone’ itu membolehkan pengguna bercakap dalam bahasa Jepun sebelum frasa tersebut akan diulang semula ke bahasa Inggeris, Korea atau Cina.

 
Gajet pintar berkenaan dicip­ta susulan peningkatan jumlah pelancong asing di negara ini dan media tempatan dilapor menggelar alat penterjemah unik itu sebagai ‘senjata rahsia Jepun’.

 
Alat itu akan turut digunakan untuk membantu pasukan penyelamat dalam latihan bencana dan kini sedang diuji di lapa­ngan terbang serta kawasan yang mempunyai sistem pe­ngangkutan awam yang sibuk.

 
Tokyo dilapor bakal mempamer pelbagai inovasi teknologi tinggi kepada penonton Sukan Olimpik 2020 dan acara tersebut turut menerima gelaran ‘Sukan olimpik masa depan’.

 
Penghasilan robot bagi membantu sistem pengangkutan, arahan dan terjemahan juga dijangka akan memeriahkan peng­anjuran acara sukan berprestij dunia itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.