Bukan Putera Arab Saudi Sumbang RM2.6 Bilion – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan melalui twitternya menafikan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disumbangkan oleh Putera Arab Saudi.

 

Dalam catatannya itu Ahmad Maslan menjelaskan kenyataan beliau mengenai Putera Al-Waleed Talal yang juga seorang ahli perniagaan itu telah disalah petik oleh portal berita Free Malaysia Today (FMT) dan My Times.

 

Beliau sebaliknya menyatakan, nama Putera Arab Saudi itu disebut sebagai contoh wujudnya orang yang bermurah hati mendermakan wang yang banyak .

 

“Saya hanya beri contoh Putera Saudi itu yg umumkan utk derma RM120b hartanya mulai 1/7/15. Saya tidak kata beliau yg beri derma kpd PM,” demikian tulisnya di akaun Twitternya, @ahmadmaslan.

 

Tambahnya lagi, beliau menyebut nama Putera Arab Saudi itu bagi menjawab persoalan oleh sesetengah pihak yang mendakwa tiada orang yang ‘begitu kaya’ akan sanggup menyumbang wang dalam jumlah yang sebegitu besar.

 

“Rupanya ada orang yang menyumbang sehingga RM120 bilion,” tulisnya.

 

Dalam laporannya semalam FMT dan My Times melaporkan Ahmad telah membuat kenyataan yang menamakan Putera Al-Waleed sebagai penyumbang RM2.6 bilion kepada Najib.

 

Bagaimanapun selepas Ahmad Maslan membuat penjelasannya, FMT bertindak menarik balik laporan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.