PDRM Teruskan Misi Ke Ukraine

Kuala Lumpur – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan misinya ke Ukraine semula bermula esok bagi menyambung kembali siasatan di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, selepas puak pemisah dan tentera negara itu bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya berkata kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Jelas Khalid mereka akan disusuli sepasukan 50 pegawai dan angota lain untuk bersama-sama menyertai misi.

Misi ke Ukraine diteruskan selepas media antarabangsa melaporkan tentera Ukraine dan puak pemisah Pro Rusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus menurut Bernama.

“Seluruh warga PDRM mendoakan mereka semua selamat dan berjaya dalam tugas,” katanya.

Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.