Nishikori Tumbangkan Djokovic, Cipta Sejarah Asia

New York – Pemain Jepun, Key Nishikori mencipta satu lagi sejarah manis negaranya dan Asia apabila menumbangkan pemain pilihan pertama, Novak Djokovic 6-4, 1-6, 7-6 (7/4) 6-3 pada aksi separuh akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Nishikori menjadi pemain lelaki pertama melangkah ke final Grand Slam dan lawannya di final adalah pemain Croatia, Marin Cilic.

Chilic menumpaskan juara 17 kali Grand Slam, Roger Federer 6-3, 6-4, 6-4.

Beraksi sebagai pemain pilihan ke-14, Cilic yang tidak beraksi pada Terbuka AS tahun lalu kerana larangan pengambilan dadah, juga adalah final Grand Slam pertamanya.

Nishikori, pilihan ke-10 kejohanan nyata menggunakan keringatnya untuk beraksi di gelanggang dengan suhu panas mencecah 40 darjah celsius untuk menjinakkan Djokovic yang nyata kehabisan tenaga.

Kelmarin, Nishikori mencatat sejarah apabila muncul pemain lelaki pertama Jepun sejak 1918 melangkah ke separuh akhir di New York.

Kemenangan ke atas juara Wimbledon itu menjadi antara satu-satunya kejutan terbesar dalam arena sukan.

Djokovis yang berusia 27- tahun dari Serbia adalah juara Terbuka AS pada 2011 dan ia adalah separuh akhir kelapan berturut-turutnya dalam kejohanan itu dan mahu memburu final keenamnya tahun ini.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi. Ia agak mencabar kerana ia separuh akhir pertama saya pada Grand Slam namun akhirnya saya berasa amat teruja kerana mengalahkan pemain nombor satu dunia di sini. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.