Jumud Tuduh Selangor Maju Sebab Dekat KL, Zahid Yakin Pengundi Tahu Menilai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selangor memerlukan kerajaan negeri kompeten dan Menteri Besar yang benar-benar efektif memainkan peranan serta pentadbiran fokus memikirkan kebajikan berbanding asyik mencetuskan kontroversi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka yang tidak mahu mengakui kemampuan Kerajaan Perpaduan mentadbir Selangor sanggup melaungkan lawak jenaka dengan mengatakan ‘Selangor maju kerana berhampiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur’ sekali gus memperlihatkan kejumudan mereka dalam soal mentadbir negeri.

“Saya tahu, potensi dan kemajuan yang ada di negeri ini (Selangor) sering menjadi tumpuan utama kumpulan di sana untuk merampas negeri ini, sedangkan mereka mengetahui kecemerlangan negeri ini disebabkan oleh kebijaksanaan pimpinan negeri Kerajaan Perpaduan ini dalam menguruskan sumber-sumber sedia ada untuk terus berkembang maju.

“Saya percaya, pengundi di Selangor dapat menilai bahawa kestabilan politik ini lebih penting untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, sekaligus melaksanakan kemahuan penduduk.

“Kita mahu kerajaan negeri yang kompeten, Menteri Besar yang benar-benar efektif memainkan peranan serta pentadbiran yang fokus memikirkan kebajikan berbanding asyik mencetuskan kontroversi,” kata Zahid malam tadi di Majlis Doa Selamat Sempena Bulan Kemerdekaan dan Kesejahteraan Madani di Puncak Alam.

Zahid yang juga Presiden Umno yakin Kerajaan Selangor akan dipertahankan.

“Saya yakin rakyat di Negeri Selangor akan terus kekal mempertahankan Kerajaan Perpaduan Madani.

“Sepanjang di sini saya mendengar suara-suara dari penduduk-penduduk yang mahukan infrastruktur seperti akses jalan dan balai polis untuk kemudahan ratusan ribu penduduk di Puncak Alam,” kata Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat