“Cita-cita saya bukan bina mercu tanda tapi noktahkan miskin tegar”- Anwar

- Advertisement -

HULU KELANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bukanlah menjadi cita-cita beliau untuk membina mercu tanda agar Malaysia terkenal di mata dunia sebaliknya ingin menyelesaikan masalah rakyat miskin.

Anwar menyatakan beliau tidak peduli digelar oleh pimpinan pembangkang sebagai bodoh, penipu atau keliru kerana ikrar yang dipegangnya ialah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan ekonomi negara.

“Apa saya peduli dia panggil saya bodoh, penipu, saya tak peduli. Saya akan lakukan sebaiknya untuk rakyat dan ekonomi dan saya yakin boleh.

“Sebab itu saya kata saya tak mahu bercakap soal mercu tanda. Saya tak mahu buat Malaysia terkenal kerana mercu tanda tertinggi, jambatan terpanjang, jalan terbesar, tidak.

“Saya nak yang pertama selesaikan masalah rakyat miskin iaitu noktahkan kemiskinan tegar dan saya arah semua menteri fokus ke arah itu,” katanya dalam Jelajah Perpaduan Madani di Taman Permata Hulu Kelang, malam tadi.

Perdana Menteri menegaskan, bahawa beliau percaya Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi negara yang hebat sekali lagi.

“Kalau tanya Anwar apa cita-cita kamu? kontrak nak beli kapal terbang? tak ada.

“Cita-cita saya dan rakan-rakan sekarang ini nak angkat ekonomi Madani dan angkat balik Malaysia ini lebih hebat dari tahun 90an menjadi negara gagah ekonomi di Asia Tenggara,” ujar beliau yang juga Menteri Kewangan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat