AS Kuatkuasa Semula Sekatan Ke Atas Iran

WASHINGTON – Presiden Donald Trump akan menguatkuasakan semula sekatan terhadap Iran selepas Amerika Syarikat menarik balik rundingan perjanjian nuklear yang dibuat pada tahun 2015.

Sekatan itu mensasarkan sektor automotif, selain dagangan emas dan keluli.

Ia akan berkuat kuasa mulai pukul 12.01 malam (04:01 GMT) pada hari Selasa

Trump yakin tekanan ke atas ekonomi akan memaksa Iran untuk bersetuju dengan rundingan baru dan menamatkan aktiviti-aktiviti yang menjejaskan persekitaran.

Bagaimanapun, Presiden Hassan Rouhani menyifatkan tindakan itu sebagai perang saraf psikologikal.

Rouhani berkata, beliau menolak idea rundingan saat-saat akhir.

“Kami selalu terbuka kepada rundingan dan diplomasi…tetapi rundingan memerlukan kejujuran,” katanya.

Trump telah memberi amaran kepada mana-mana individu atau entiti yang melanggar sekatan itu akan mendapat akibat buruk.

United Kingdom, Perancis dan Jerman – merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian pada tahun 2015 bersama dengan Rusia dan China melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.