Lelaki Ini Akhirnya Pilih Jadi Wanita Selepas Tiga Kali Tukar Jantina

Ria Cooper menyimpan impian untuk berkahwin dan mempunyai anak pada masa depan namun hal itu adalah mustahil disebabkan dia dilahirkan sebagai lelaki.

Bukan itu sahaja malah Ria, 23, sudah tiga kali berganti jantina. Dia dilahirkan sebagai lelaki dan dinamakan Brad tetapi ketika usianya mencecah 15 tahun, dia telah menjalani pembedahan menukar jantina di UK.

Ria percaya dia adalah perempuan tetapi terperangkap dalam tubuh badan lelaki.

Dia diberikan suntikan hormon untuk mengubah wajah dan membuang bulu serta menaikkan dadanya. Bagaimanapun dia mengalami pelbagai masalah kerana identiti barunya itu.

Bimbang dia tidak diterima sebagai wanita, Ria akhirnya memutuskan untuk kembali menjadi seorang gay.

Sebelum menjalani pembedahan, dia telah menghentikan semua rawatan yang diberikan bagi menjadikan dirinya wanita sebelum ini sebaliknya dia mahu menjadi Brad semula, pada usia 18 tahun.

Malangnya, masalah itu tidak tamat di situ. Lima tahun kemudian, Ria mahu menjadi wanita semula. Dia mula memakai solekan dan kasut tumit tinggi.

“Aku baru sedar ini semua membuatkan diriku semakin tak bahagia. Sekarang aku akan menjadi diriku sendiri dan aku harap aku akhirnya akan bahagia,” katanya yang kini sedang mengumpul wang untuk menjalani pembedahan kali ketiga untuk menjadi wanita.

Dia menjangkakan dapat menjalani pembedahan berkenaan pada tahun depan. Namun ramai yang menganggap Ria mengalami masalah mental kerana kerap menukar jantina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!