Kit Siang Masih Diam Mengenai Soalan Berhubung Tempat Kelahirannya

Minggu lepas, sidang media yang diadakan oleh Lim Kit Siang telah menjadi `panas’ apabila beliau diasak mengenai tempat kelahirannya oleh wartawan di lobi Parlimen.

Kit Siang tidak membalasnya, sebaliknya naik angin dan menyoal semula wartawan berkenaan mengenai media yang diwakilinya dan memintanya “siasat dulu sebelum tanya’.

Bukankah mudah kalau Kit Siang menjawab sahaja soalan berkenaan bagi menjelaskan isu kontroversi yang melandanya ketika ini berhubung dengan tempat kelahirannya.

Apa salahnya menjawab. Selalunya ahli-ahli politik seperti ini akan sibuk mencari wartawan apabila mereka mahu memberikan sidang media, tetapi apabila disoal dengan soalan demikian rupa, kenapa perlu marah.

Jika wartawan berkenaan tidak bertanya kepada tuan punya badan, kepada siapa beliau mahu merujuknya. Adakah wikipedia sedangkan terdapat dakwaan bahawa laman web Wikipedia juga telah diubah suai?

Malah Selasa lalu, Presiden Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menghantar memorandum meminta pengesahan asal usul Kit Siang ekoran latar belakang pemimpin pembangkang itu dalam laman web Wikipedia itu dikatakan telah diubah suai.

Ramesh dalam satu kenyataan media, berkata PMSP mempersoalkan tempat kelahiran Kit Siang kerana isterinya dikatakan tidak langsung pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Oleh itu, kata beliau, amat wajar dipersoalkan di mana sebenarnya tempat kelahiran Kit Siang kerana jika lahir di Malaysia, mustahil perkara ini boleh berlaku melibatkan isterinya.

“Lim Kit Siang ini lahir di mana sebenarnya? Di Batu Pahat, Johor, siapa yang sahkan kelahiran beliau?” kata Ramesh dalam kenyataan itu.

Justeru, Kit Siang perlu menjawab tuduhan berkenaan. Jika tiada apa yang perlu disembunyikan, maka jawab sajalah tuduhan yang dikemukakan itu.

One thought on “Kit Siang Masih Diam Mengenai Soalan Berhubung Tempat Kelahirannya

  • August 8, 2017 at 8:48 am
    Permalink

    lahir di negara Komunis

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.