Neelofa Bakal Tunai Haji

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa bakal menunaikan haji pada 5 September hingga 20 September depan.

 

 

Memetik laporan sebuah portal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 27, teruja apabila impian untuk menunaikan ibadah haji bersama kedua orang tuanya tercapai.

 

 

“Saya tidak sangka hasrat untuk melakukan ibadah haji pada tahun ini terlaksana dengan cepat dan di tambah pula dapat pergi bersama kedua ibu bapa.

 

 

“Saya sememangnya sangat merindui untuk menziarah tanah suci setelah dua kali membuat umrah sebelum ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbukanya di sini.

 

 

Sementara itu, Neelofa turut tidak menolak memasang niat untuk berdoa agar dipertemukan jodoh kelak.

 

 

Terdahulu, ini merupakan kali ketiga Neelofa menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah selepas dua kali menunaikan ibadah umrah sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.