Wanita 101 Tahun Bela Anak OKU Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Jenazah Meliah Md Diah warga emas yang berusia lebih 100 tahun selamat dikebumikan pada jam 3.30 petang Jumaat di Tanah Perkuburan Masjid Nako, Nambua, Kuala Nerang, Kedah.

 

Allahyarham sebelum ini disahkan meninggal dunia pada jam 2.50 pagi tadi akibat sakit tua.

 

Kisahnya membesarkan anak lelakinya yang kurang upaya sebelum ini menjadi viral di laman sosial.

 

Dia yang kematian suami 20 tahun lalu berseorangan menjaga anaknya Abd Rahman Daud, 62 tahun yang menghidap sawan sejak lahir.

 

Meskipun dibataskan keadaan fizikalnya yang dimamah usia, Meliah tetap mengalas amanah menjaga anak bongsunya.

 

Kisahnya kemudian mendapat perhatian orang ramai termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, Badrol Hisham Hashim, yang kemudian mengagihkan bantuan dan keperluan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.