Video: ‘Tak Perlu Gaduh, Maki Hamun Jual Vape’

Kuala Lumpur – Seorang peniaga meluahkan rasa marahnya terhadap peniaga-peniaga rokok elektronik atau vapor yang cuba menjadi samseng dalam bidang perniagaan itu.

 

Video yang berdurasi 4.56 minit memaparkan luahan sedih dan geram lelaki itu terhadap bangsa Melayu yang sentiasa bergaduh di dalam bidang perniagaan.

 

 

“Jangan bergaduh, kalau nak tunjuk sangat gangster tu pergi ubah masalah negara tu. Kita sama-sama cari makan tak perlulah bergaduh.

 

“Pelanggan pun janganlah nak maki hamun, ada sebab kenapa peniaga jual dengan harga yang mahal. Kalau tak mahu beli yang mahal belilah yang murah,” katanya.

 

Luahan hati lelaki itu turut mendapat reaksi positif di kalangan warga vapor yang lain, dengan menyatakan apa yang diperkatakan di dalam video tersebut adalah tepat sama sekali.

 

Visual yang dimuat naik di laman You Tube telah ditonton sebanyak 87,472 dan mendapat like sebanyak 856.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.