Polis Giat Usaha Cari ‘Teman Lelaki’ Budak Perempuan 11 Tahun Yang Bersalin

JEMPOL – Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes budak perempuan berusia 11 tahun yang beranak di sebuah klinik swasta, pagi kelmarin.

 

Ketua polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, keterangan mangsa juga turut diambil kira bagi mengesan teman lelakinya.

 

“Setakat ini belum ada sebarang penahanan dibuat berikutan beberapa perkara perlu dilengkapkan selain usaha untuk mengesan suspek telah dijalankan sejak kelmarin dan kita tidak boleh mendedahkan siapa teman lelakinya sehingga tangkapan dibuat.

 

“Bagaimanapun mangsa bersama bayi lelakinya berada dalam keadaan baik dan masih dirawat di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah,” katanya.

 

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tidak sempat ke hospital untuk melahirkan anak setelah mengadu sakit perut kepada ibunya.

 

Kanak-kanak itu dibawa ibunya ke salah sebuah klinik swasta di sini dan melahirkan anak di klinik berkenaan selepas mangsa mengadu sakit perut. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.